Assalamualikum
dan Salam Sejahtera Salam Satu Malaysia dan Salam Satu Asia
Nama
diberi, Mohamad Nazrin Bin Mansor, dan telah dibesarkan oleh kedua ibu bapa di
Kodiang Kedah. Mansor Bin Sain merupaka seorang insan yang bergelar ayah dan
Fauziah Binti harun merupakan Insan yang bergelar ibu. Saya dilahirkan di
Hospital Jitra dan menetap di Pekan Baru Megat Dewa. Saya mendapat pendidikan
awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Manggol Bongor kemudian mendapat pendidikan
tinggi di Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa dan kini melanjutkan pelajaran
ke peringkat ijazah dengan mengikuti program Ijazah Komunikasi program
kerjasama Kolej Teknologi Alpha dengan Universiti Utara Malaysia UUM.
Beli sejambak bunga melati
Duduk menganyam di atas pangkin
Menjadi pensyarah hasrat dihati
Itulah gerangan Mohd Nazrin
Cita-cita
saya adalah untuk menjadi tenaga pengajar atau pensyarah. Oleh itu saya akan
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita dan impian saya untuk
menjadi seorang pensyarah dalam bidang komunikasi. Hal ini kerana saya
merupakan seorang yang peramah dan suka bercakap menyebabkan saya berminat
dalam bidang ini. Kini saya berada di semester tiga dalam program ijazah
sarjana muda komunikasi dan InshaAllah akan melanjukan pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi untuk mencapai cita-cita dan membahagiankan dan membanggakan
ibu bapa di kampung.
Selain
itu, saya juga ingin berkongsi sedikit berkenaan satu kelebihan yang
dianugerahkan untuk menghiburkan hati orang ramai. Saya mempunyai kelebihan
dalam dunia silap mata (magic) dan ilmu yang saya perolehi mampu menghiburkan
orang ramai di samping mencari pengalaman tentang realiti kehidupan sebenar. Saya
juga selalu dijemput untuk membuat persembahan di rumah-rumah anak yatim dan
sekolah. Selain itu, hobi saya dan perkara yang menjadi rutin harian saya ialah,
bermain futsal, magic show, bermain alat muzik seperti gitar dan sebagainya.