Wednesday 18 November 2015

Kelebihan Pendidikan Jarah Jauh PJJ

Sepertimana yang telah diketahui umum bahawa system pendidikan jarak jauh PJJ mendokong konsep pemisahan antara pengajar dan pelajar. Kemajuan sistem PJJ menjadi amat penting kerana sistem ini memberi pilihan pendidikan kepada golongan manusia yang mahu menimba ilmu dengan cara yang berbeza daripada pendidikan formal. Persoalannya sekarang, apakah kebaikan dan kelemahan sistem PJJ ini kepada pelajar-pelajar.           
Antara kelebihan pendidikan jarak jauh ialah, dengan adanya program PJJ ini ia dapat memberi peluang kepada mereka yang bekerja untuk meningkatkan kelayakan, kemahiran dan pengetahuan. Keperluan ini dapat memastikan perkembangan ilmu yang sihat demi pertumbuhan ekonomi, sosial dan politik yang pesat. Oleh sebab itu PJJ penting kerana program ini akan memperbanyakkan lagi rakyat yang berpengetahuan dan berilmu. Ini selaras dengan perkembangan sektor awam dan swasta di mana tanggungjawabnya semakin besar dan komplek. Sehubungan dengan itu, sektor ini memerlukan mereka yang berkeliber, berdedikasi dan berpengetahuan untuk memastikan mutu kerja dan perkhidmatan terus meningkat ke tahap keberkesanan yang optima. Sesungguhnya pendidikan itu penting dan harus dijadikan sebagai satu kegiatan yang berterusan dalam kehidupan manusia.
            Kemudahan Media juga memudahkan proses PJJ. Kemudahan media telah disediakan samada dalam bentuk media cetak ataupun media elektronik. Dalam sistem PJJ bahan utama yang digunakan ialah media cetak. Ini bukanlah bahan bercetak seperti buku cerita tetapi ia telah diolah dalam bentuk kendiri. Ini bermaksud bahan pengajaran ini telah direka supaya ia berkebolehan menyampaikan pelajaran dan meransang pembelajaran pelajar. Media-media yang lain juga digunakan seperti pita video,televisyen dan sebagainya (Rozhan Hj. Mohammed Idrus, 1994).
Dikebanyakan negara maju seperti Amerika dan United Kingdom, kebanyakkan institusi PJJ menggunakan pelbagai media penyampaian maklumat seperti radio,televisyen,video, komputer dan satelit dalam usaha untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran, pembelajaran dan prestasi pelajar. Segala peralatan untuk berkomunikasi seperti telefon, faksimili dan E-mail digunakan secara meluas. Persoalannya di sini adakah kos ditanggung oleh pelajar atau oleh institusi itu sendiri?. Setiap media penyampaian maklumat ini memberi kesan yang berbeza kepada proses pembelajaran pelajar. Menurut Anthony Bates (dipetik dalam Keith.H, 1993) teknologi yang digunakan hendaklah dipengaruhi oleh bidang tugas pelajar dan kos seharusnya rendah. Di sini kos memainkan peranan yang penting di mana pengajian jenis ini adalah di tanggung oleh pelajar itu sendiri. Walaubagaimanapun dengan adanya pelbagai media penyampaian maklumat, ini akan menambahkan minat dan motivasi pelajar untuk terus belajar dan seterusnya akan meningkatkan mutu pelajaran mereka.


No comments:

Post a Comment