Wednesday 18 November 2015

Biodata Diri

Assalamualikum dan Salam Sejahtera Salam Satu Malaysia dan Salam Satu Asia
Nama diberi, Mohamad Nazrin Bin Mansor, dan telah dibesarkan oleh kedua ibu bapa di Kodiang Kedah. Mansor Bin Sain merupaka seorang insan yang bergelar ayah dan Fauziah Binti harun merupakan Insan yang bergelar ibu. Saya dilahirkan di Hospital Jitra dan menetap di Pekan Baru Megat Dewa. Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Manggol Bongor kemudian mendapat pendidikan tinggi di Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa dan kini melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dengan mengikuti program Ijazah Komunikasi program kerjasama Kolej Teknologi Alpha dengan Universiti Utara Malaysia UUM.

Beli sejambak bunga melati
Duduk menganyam di atas pangkin
Menjadi pensyarah hasrat dihati
Itulah gerangan Mohd Nazrin

Cita-cita saya adalah untuk menjadi tenaga pengajar atau pensyarah. Oleh itu saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita dan impian saya untuk menjadi seorang pensyarah dalam bidang komunikasi. Hal ini kerana saya merupakan seorang yang peramah dan suka bercakap menyebabkan saya berminat dalam bidang ini. Kini saya berada di semester tiga dalam program ijazah sarjana muda komunikasi dan InshaAllah akan melanjukan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi untuk mencapai cita-cita dan membahagiankan dan membanggakan ibu bapa di kampung.


Selain itu, saya juga ingin berkongsi sedikit berkenaan satu kelebihan yang dianugerahkan untuk menghiburkan hati orang ramai. Saya mempunyai kelebihan dalam dunia silap mata (magic) dan ilmu yang saya perolehi mampu menghiburkan orang ramai di samping mencari pengalaman tentang realiti kehidupan sebenar. Saya juga selalu dijemput untuk membuat persembahan di rumah-rumah anak yatim dan sekolah. Selain itu, hobi saya dan perkara yang menjadi rutin harian saya ialah, bermain futsal, magic show, bermain alat muzik seperti gitar dan sebagainya.

Cara Mengatasi Masalah Obesiti

Secara amnya obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesity kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi obesity boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Oleh itu saya ingi mengupas sedikit tentang langkah-langkah mengatasi obesity.
Langkah pertama untuk mengatasi obesity ialah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat. Amalan pemakanan yang sihat adalah langkaj penting untuk mengatasi masalah obesity. Pemakanan yang seimbang terdiri daripada nutrisi dari karbohidrat hinggalah ke protein. Semua nutrisi harus di ambi oleh seseorang dalam kuantiti yang yang disyorkan oleh pakar-pakar pemakanan. Hal ini penting bagi memastikan bahawa badan menerima nutrisi yang cukup untk mengelakkan diri daripada obesit.
Langkah kedua ialah selalu bersenam. Senaman yang bersesuaian dan teratur boleh membantu seseorang untk mengurangkan berat badan. Melakukan senaman secara berkaa iaitu selama 20-30 minit setiap hari dalam tiga kali seminggu. Intensi senaman perlu bersesuaian dengan peringkat umur.misalnya mengamalkan jogging atau melakukan latihan gymnasium secara teratur. Cara ini amat berkesan dan memerlukan kesungguhan dan komitmen yang tinggi dari seseorang.
Langkah ketiga ialah mengadakan program kesihatan. Pihak media massa seperti radio dan televisisyen juga boleh mengadakan pelbagai program berkaitan kesihatan. Program kesihatan juga boleh diselitkan dengan pelbagai cara mengatasi msalah obesity dan cara untuk mengatasi berat badan secara tradisional atau cara untuk menjaga badan supaya tidak gemuk.

Kesimpulannya, obesity adalah penyaki yang boleh dicegah tetapi sukar dirawat. Obesity ibarat pemula kepada pelbagai jenis penyakit kronik, sakit jantung, darah tinggi kencing manis dan sebagainya. Golongan yang menghadapi obesity mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit tersebut.

Kelebihan Pendidikan Jarah Jauh PJJ

Sepertimana yang telah diketahui umum bahawa system pendidikan jarak jauh PJJ mendokong konsep pemisahan antara pengajar dan pelajar. Kemajuan sistem PJJ menjadi amat penting kerana sistem ini memberi pilihan pendidikan kepada golongan manusia yang mahu menimba ilmu dengan cara yang berbeza daripada pendidikan formal. Persoalannya sekarang, apakah kebaikan dan kelemahan sistem PJJ ini kepada pelajar-pelajar.           
Antara kelebihan pendidikan jarak jauh ialah, dengan adanya program PJJ ini ia dapat memberi peluang kepada mereka yang bekerja untuk meningkatkan kelayakan, kemahiran dan pengetahuan. Keperluan ini dapat memastikan perkembangan ilmu yang sihat demi pertumbuhan ekonomi, sosial dan politik yang pesat. Oleh sebab itu PJJ penting kerana program ini akan memperbanyakkan lagi rakyat yang berpengetahuan dan berilmu. Ini selaras dengan perkembangan sektor awam dan swasta di mana tanggungjawabnya semakin besar dan komplek. Sehubungan dengan itu, sektor ini memerlukan mereka yang berkeliber, berdedikasi dan berpengetahuan untuk memastikan mutu kerja dan perkhidmatan terus meningkat ke tahap keberkesanan yang optima. Sesungguhnya pendidikan itu penting dan harus dijadikan sebagai satu kegiatan yang berterusan dalam kehidupan manusia.
            Kemudahan Media juga memudahkan proses PJJ. Kemudahan media telah disediakan samada dalam bentuk media cetak ataupun media elektronik. Dalam sistem PJJ bahan utama yang digunakan ialah media cetak. Ini bukanlah bahan bercetak seperti buku cerita tetapi ia telah diolah dalam bentuk kendiri. Ini bermaksud bahan pengajaran ini telah direka supaya ia berkebolehan menyampaikan pelajaran dan meransang pembelajaran pelajar. Media-media yang lain juga digunakan seperti pita video,televisyen dan sebagainya (Rozhan Hj. Mohammed Idrus, 1994).
Dikebanyakan negara maju seperti Amerika dan United Kingdom, kebanyakkan institusi PJJ menggunakan pelbagai media penyampaian maklumat seperti radio,televisyen,video, komputer dan satelit dalam usaha untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran, pembelajaran dan prestasi pelajar. Segala peralatan untuk berkomunikasi seperti telefon, faksimili dan E-mail digunakan secara meluas. Persoalannya di sini adakah kos ditanggung oleh pelajar atau oleh institusi itu sendiri?. Setiap media penyampaian maklumat ini memberi kesan yang berbeza kepada proses pembelajaran pelajar. Menurut Anthony Bates (dipetik dalam Keith.H, 1993) teknologi yang digunakan hendaklah dipengaruhi oleh bidang tugas pelajar dan kos seharusnya rendah. Di sini kos memainkan peranan yang penting di mana pengajian jenis ini adalah di tanggung oleh pelajar itu sendiri. Walaubagaimanapun dengan adanya pelbagai media penyampaian maklumat, ini akan menambahkan minat dan motivasi pelajar untuk terus belajar dan seterusnya akan meningkatkan mutu pelajaran mereka.